Banyak orang yang
mengaku bermazhab Syafi’e dan mengakui mengikuti serta mempraktikkan
Islam berdasarkan istinbat hukum oleh Imam Asy-Syafi’i. Namun,
hakikatnya, banyak orang yang keliru kerana banyak fatwa-fatwa Imam Asy-Syafi’i
yang tidak kita ketahui malah kita mengabaikannya. Padahal semua
fatwa-fatwa itu adalah sangat penting dan berkaitan sekitar isu aqidah
dan persoalan i’tiqad. Dengan itu, sama-sama lah kita teliti semula
beberapa fatwa-fatwa beliau tersebut dan sama-sama kita muhasabah diri.
Fatwa-fatwa ini
hanyalah sebahagian kecil dari sejumlah fatwa atau pendapat imam
asy-Syafi’i sahaja. Iainnya diambil daripada buku/kitab berjudul “Manhaj
Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah”, karya/susunan Dr. Muhammad bin
Abdil-Wahab al-’Aqil. Mari sama-sama kita teliti:
1 – MERATAKAN KUBURAN
Imam
asy-Syafi’i rahimahullah menyatakan: “Saya suka kalau tanah kuburan itu
tidak ditinggikan dan selainnya dan tidak mengambil padanya dan tanah
yang lain. Tidak boleh, apabila ditambah tanah dan lainnya menjadi
tinggi sekali, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja sekitar.
Saya hanya menyukai ditinggikan (kuburan) di atas tanah satu jengkal
atau sekitar itu dari permukaan tanah”. (Syarah Muslim 2/666, Manhaj
Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/257)
2 – HUKUM MENDIRIKAN BANGUNAN DI KUBURAN
“Saya suka bila
(kuburan) tidak dibuat bangunan, kerana itu menyerupai
penghiasan dan kesombongan, dan kematian bukan tempat bagi salah satu
dari keduanya. Dan saya tidak melihat kuburan para sahabat Muhajirin dan
Anshar didirikan sebarang binaan. Seorang perawi menyatakan dari
Thawus, bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang kuburan dibinakan binaan
atau ditembok. Saya sendiri melihat sebahagian penguasa di Makkah
menghancurkan semua bangunan di atasnya (kuburan), dan saya tidak
melihat para ahli fikih mencela hal tersebut. (al-Umm 1/277. Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/258)
3 – HUKUM MEMBANGUN MASJID DI TEMPAT YANG ADA KUBUR
“Saya melarang
dibangunnya masjid di atas kuburan dan disejajarkan atau dipergunakan
untuk solat di atasnya dalam keadaan tidak rata atau solat menghadap
kuburan. Apabila ia solat menghadap kuburan, maka masih sah namun telah
berbuat dosa”. (al-Umm 1/278. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat
al-Aqidah, 1/261)
4 – PERSOALAN FITNAH KUBUR
“Sesungguhnya
Azab kubur itu benar dan pertanyaan malaikat terhadap ahli kubur adalah
benar.” (al-I’tiqad karya Imam al-Baihaqiy. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi
Itsbat al-Aqidah, 2/420)
5 – PERSOALAN HISAB, SYURGA, DAN NERAKA
“Hari
kebangkitan adalah benar, hisab adalah benar, syurga dan neraka serta
selainnya yang sudah dijelaskan dalam sunnah-sunnah (hadis-hadis), lalu
ada pada lisan-lisan para ulama dan pengikut mereka di negara-negara
muslimin adalah benar.” (Manaqib asy-Syafi’i, karya Imam al-Baihaqiy,
1/415. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/426)
6 – BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN NAMA ALLAH
“Semua orang
yang bersumpah dengan nama selain Allah, maka saya melarangnya dan
mengkhuwatirkan pelakunya, sehingga sumpahnya itu adalah kemaksiatan.
Saya juga membenci bersumpah dengan nama Allah dalam semua keadaan,
kecuali hal itu adalah ketaatan kepada Allah, seperti berbai’at untuk
berjihad dan yang serupa dengannya.” (al-Umm 7/61. Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/271)
7 – PERNYATAAN TENTANG SYAFA’AT
“Beliau
(Rasulullah s.a.w.) adalah manusia terbaik yang dipilih Allah untuk
menyampaikan wahyu-Nya lagi terpilih sebagai Rasul-Nya dan yang
diutamakan atas seluruh makhluk dengan membuka rahmat-Nya, penutup
kenabian, dan lebih menyeluruh dan ajaran para rasul sebelumnya. Beliau
ditinggikan namanya di dunia dan menjadi pemberi syafa’at, yang
syafa’atnya dikabulkan di akhirat.” (ar-Risalah 12-13. Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/291)
Beliau juga menyatakan tentang syarat diterimanya syafa’at:
“Semalam saya
mengambil faidah (istimbath) dari dua ayat yang membuat saya tidak
tertarik kepada dunia dan yang sebelumnya. Firman Allah: “...Dia
bersemayam di atas ‘Arsy (singgasana) untuk mengatur segala urusan.
Tiada seorang pun yang akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada
keizinan-Nya....” (Surah Yunus, 1O: 3). Dan dalam kitabullah, hal ini
banyak: “Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa
izin-Nya?” (Surah al-Baqarah, 2: 256) Syafa’at tertolak kecuali dengan
izin Allah.” (Ahkamul Qur’an 2/180-181. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi
Itsbat al-Aqidah, 1/291)
8 – PENDIRIAN BERKENAAN ASMA’ WA SIFAT ALLAH
Imam Syafi’i rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:
"Bagi-Nya dua
tangan sebagaimana firman-Nya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan
Allah terbuka. Bagi-Nya tangan sebagaimana firman-Nya: Langit digulung
dengan tangan kanan-Nya. Allah mempunyai wajah sebagaimana firman-Nya:
Setiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya. Baginya kaki sebagaimana
sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia
mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:
Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman
(Allah). Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan
sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan:
(Tiada sesuatu yang semisal dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar dan Maha
Melihat)". (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa
Syafi’e wa Ahmad, m/s. 46- 47, Cetakan pertama, 1412 -1992M. Darul
'Asimah Saudi Arabia)
Imam Syafi’e seterusnya menjelaskan:
"Dan Allah
Ta'ala di atas 'Arasy-Nya (Dan 'Arasy-Nya) di langit”. (Lihat: I’tiqad
Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 40)
Imam Syafi’i seterusnya menjelaskan lagi:
"Kita
menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana
yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah,
kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh
diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal
denganNya)". (Lihat: I’tiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik,
Syafie wa Ahmad, m/s. 42)
Imam Syafi'i telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
"Sesungguhnya
Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: I’tiqad Aimmah
al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa Ahmad, m/s. 47)
Berkata Imam Syafi’e rahimahullah:
"Sesungguhnya
Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit" (Lihat: I'tiqad
Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179)
Ibnu Taimiyah,
Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Syafi’e ada kesepakatannya dalam
meyakini tentang turun-naiknya Allah iaitu berlandaskan hadis:
"Tuhan kita
turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga
dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku
perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang
meminta keampunan akan Aku ampunkan". (H/R Bukhari (1141), Muslim (758),
Abu Daud (4733), Turmizi (4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346))
9 – SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP SYI’AH
Dari Yunus bin
Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila
disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras,
dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. (al-Manaqib, karya
al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“Saya belum
melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu
(berdusta) dari Syi’ah Rafidhah.” (Adabus Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib
karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam
asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“Asy-Syafi’i
berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak
diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan
ayat fa’i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang
yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya
Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah
beriman lebih dahulu dari kami”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang
siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan
bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat
al-Aqidah, 2/487)
10 – SIKAP IMAM ASY-SYAFI’I TERHADAP KAUM (ORANG-ORANG) SUFI
“Seandainya
seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang
waktu Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang
bodoh.” (al-Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi
Itsbat al-Aqidah, 2/503)
“Tidaklah
seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka
makan, sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia.” (Manaqib lil
Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
“Asas tasawwuf adalah kemalasan.” (al-Hilyah 9/136-137. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504).
Repost from: http://mazhabsyafii.blogspot.com
Repost from: http://mazhabsyafii.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar